nurnajwanizam
Bab1
2012-Disember 23,
Bermulanya
kisah aku dengan seorang jejaka ‘idaman
malaya’. Eeyuckkss!
Perasan gila minah ni! Hahaha… Semuanya bermula dari sini, aku baru sahaja
memulakan tugsanku di sebuah keai serbaneka yang beroperasi selama 24jam, 7
hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun. Hihihi.. Panjangnya intro aku kan.
Sebenarnya dari sini
lah aku jumpa jejaka idaman aku tu. Aku jumpa dia masa kali pertama aku
jejakkan kaki aku dalam kedai 24 jam tu sebagai pekerja. Kali pertama aku
melihat wajahnya, semasa aku training dekat kedai tu.
Pada masa tu, aku masuk shift pagi dengan si hamsome
yang bersahabat dengan pakwe aku. Kali pertama dalam hidup aku berkerja ikut
shift, shift pagi pulak tu. Yela kan, budak baru habis SPM baru nak
berjinak-jinak dalam dunia pekerjaan, hehehe. Aku langsung tak dapat tidur
sebab takut bangun lewat untuk memulakan hari pertama aku sebagai pekerja.
Pada hari pertama aku
bekrja di situ, aku telah diberi tazkirah pagi oleh si hamsome bernama midi Hahaha,
geli hati aku bila mendengar nama si hamsome tu.
Seperti budak-budak
‘junior’ yang lain, aku telah diajar tentang tugas aku sebagai pekerja di
sebuah kedai serbaneka yang beroperasi selama 24 jam sehari. Pada hari pertama
aku di situ, aku ditugakan untuk menjaga kaunter top-up dahulu. Yelah, budak
‘junior’ katakan, mesti dapat yang senang-senang dulu.
Tepat jam 3 petang,
selesai sudah kerja aku pada hari ini. Dengan rasa senang hati aku menunggang
motosikal modenas citi 100 berwarna biru, pemberian daripada abah tiriku yang
bulanannya aku terpaksa jelaskan itu pulang ke rumah peninggalan arwah mamaku
yang telah dua tahun telah pergi menyahut panggilan illahi.
Dengan rasa mengantuk
teramat sangat dan ditambah pula dengan penat bekerja selama 8 jam, aku masuk
ke dalam rumah dengan langkah yang lemah. Aku dengan malasnya melucutkan tudung
bawalku dan terus menuju ke bilik untuk menghilangkan penat bekerja.
Dalam keasyikan aku
berbaring diatas katil, aku tidak menyedari bahawa tubuhku sudah kaku dibuai
lena yang mengasyikan.
*
* * * *
Berdering fone aku menyayikan
lagu payphone dendangan maroon5. Dengan rasa malas skrin fone ditatap. ‘’humph,
mesej’’. Lantas dengan segera dibuka inbox untuk membaca mesej entah dari siapa
pengirimnya.
-Salam Najwa, esok masuk shift petang. Pukul 3ptg-11mlm.
Aku yang pada masa tu
tengah asyik melayan kantuk yang disebabkan tidak dapat melelapkan mata pada
malam semalam, oleh kerana sangat teruja untuk memulakan pekerjaan pertama aku,
hanya membalas mesej itu dengan mood yang bersahaja.
-okeyh!.
Selepas membalas mesej
tersebut, aku mematikan diri aku semula untuk melepaskan dendam tidurku
semalam.
Pada
keesokan harinya aku memulakan tugasku pada hari kedua di kedai serbaneka 24
jam itu. Pada petang itu, aku ditugaskan bersama dengan seorang ‘senior’ di
kedai itu yang bernama Fatin yang berbeza umur dengan aku hanya setahun.
Pada mulanya, aku
rasa amat kekok kerana bekerja dengan orang yang aku tidak kenali. Tapi, itu
lah lumrah di alam pekerjaan. Perlu bekerjasama dengan orang yang asing bagi
kita.
’’Semalam ada mesej suruh masuk shift petang hari ni kan?’’ Aku memulakan bicara. Sedangkan aku selalu
dianggap sombong oleh orang kerana sifat aku yang tidak berbicara dengan orang
yang aku tidak kenali.
‘’Emmm, Ya. Boleh ke masuk shift petang ni?’’ Balas si
‘senior’. Dengan tenang hati aku berkata ‘’boleh’’. Lalu si ‘senior’ berkata lagi, ‘’kalau tak
boleh, ada hal. Tak apa, kami boleh panggil kawan kami ganti’’. Itu lah bahasa
aku dan rakan sekerja aku yang membiasakan bahasa ‘kami-hampa’. Rasa macam
skima kan?. Tapi itu lah kami, hahaha.
Tetapi hanya seorang sahaja yang aku tidak bebahasakan
‘kami-hampa’, orangnya adalah ‘senior’ yang paing lam bekerja di situ, shah!
Pada hari kedua pun
aku ditugaskan untuk menjaga kaunter -up lagi. Tapi, pada hari ni aku juga telah
diajar di bahagian kaunter pembayaran. Rasa macam senang. Mana tak senangnya,
semua guna sistem komputer. Scan saja barang, ambil duit then go. Macam touch-and-go gitu.
Kerja yang aku ingat mudah tu, tak lah semudah yang aku
sangka. Apabila aku perlu menutup paper shift. Jangal gila rasa masa tu, rasa
lebih susah dari belajar akaun kat sekolah. Al-maklumlah, hari kedua mula
kerja, manalah pandai lagi.
Pada mulanya aku diajar untuk menutup paper shift untuk kaunter top-up
dahulu. Tengok macam mudah, tapi bila diri sendiri yang buat, rasa macam nak
nangis ja. Aku cuba menutup paper
shift dengan tunjuk ajar yang
telah diberikan oleh ‘sifu’ midi. Tapi tak lah cekap sangat.
‘’Betul tak buat
macam ni?’’ Aku bertanya kepada kak Fatin, rakan setugas aku hari ni.
‘’Yang jumlah ni
betul dah, tapi dekat keluar ni ja yang salah’’
‘’Macam mana nak kira keluar ni kak?’’
Aku bertanya untuk memperbetulkan kesilapan aku itu. Bak
kata perpatah. Malu bertanya sesat jalan.
*
* * * * *
Pada malam itu, aku bertemu si jejaka
idaman,Shah! Pada waktu pertukarn shift
pada malam tu, aku rasa malam nak nangis ja. Kali pertama aku kena marah dengan
si jejaka idaman yang merangkap ‘senior’ paling laman kat situ.
‘’Dik, nape top-up tak masuk lagi ni?!’’ Tanya
seorang customer. ‘’Jap, saya check’’
Dengan senyum yang tawar tanpa setitik gula pun aku membuka peti inbox untuk
menge-check top-up si customer tu masuk tak lagi. ‘Haishh!
Kalut betul la dia ni. Tak Nampak ke yang banyak lagi nombor yang aku nak kena top-up’ Gumam aku dalam hati. Nak
cakap direct, mana la aku nak berani. Dah la baru keja, nanti tak
pasal-pasal ja dapat surat cinta dari En. Ahmad, tuan empunya kedai ni. ‘sabar
Najwa, sabar’ aku cuba memujuk hatiku sendiri. Punyalah lama aku check top-up si customer yang tak reti nak sabar ni,
baru lah aku dapat detect yang
nombor dia tu ‘blacklist’.
‘Hahaha, padan muka!’ gelak aku dalam hati. Nak gelak depan-depan, manalah aku
berani. Aku ni belakang ja berani, depan-depan sorry la. Pijak semut pun tak
mati apa.
Pada waktu pertukaran shift tu, si jejaka idaman, Shahs
bekerja pada shift malam bersama
rakan setugas si hamsome,Midi. Shah mengambil alih tempat aku untuk menjaga
kaunter top-up dan si hamsome
mengambil alih tempat kak Fatin di kaunter pembayaran. Pada masa itu lah kisah
aku bermula dengan si jejaka idaman.
Mula-mula si jejaka idaman ni
masuk dalam kedai, takut juga aku dibuatnya. Yelah, dengan muka masam mencuka.
‘Dia ni sah minum air tak letak gula atau pun suka makan ikan masak cuka, sebab
tulah muka dia masam ja macam cuka. Hahaha.’ Bisik aku dalam hati apabila kali
pertama bertemu dengan si jejaka idaman. Sebenarnya, malam ni adalah kali kedua
aku jumpa si jejaka idaman ni. Kali pertama aku jumpa dia, kelmarin. Masa aku
masuk shift pagi dengan si hamsome pada hari pertama aku kerja dekat sini. Huh!
Tergoda aku tengok muka si jejaka idaman ni, muka dah la bulat, badan pulak
boleh tahan dengan muscles dia,
kulit putih. Dengan muka macam babyface.
Aduh.. aduh…. Cair sehh… Lorat indon la pulak aku ni!
Pada malam tulah aku kena marah
dengan dia. Tak tau la dia marah aku ke tau pun memang perangai dia macam tu.
Tapi aku boleh tengok lah dari riak muka dia, sah-sah la dia marah aku. Alah,
nak buat macam mana, aku kan budak ‘juior’
kat situ. So, dia kena tolong
tunjuk ajar kat aku. Bekira punya orang.
‘’Dik, Top-up tadi tak masuk lagi la’’
‘Haishh! Ada lagi masalah!’ gumam
aku dalam hati. Aku nak balik pun susah. Elok ja aku nak langkah balik,
tiba-tiba langkah aku terhenti apabila mendengar suara si jejaka idaman menanyakan
tentang mesej-mesej dalam inbox
yang aku ‘terbuka’ tadi masa nak settle
kan masalah customer tadi tu.
‘’Lain kali kalau buka mesej ref
no. ni tulis dalam buku. Tak pun jangan buka!’’ Zapppp.. Terkedu aku memdengar
salam perkenalan dari si jejaka idaman. Aku dapat rasa yang tubir mataku sudah
bergelinangan dengan air mata. Comfirm
mata aku dah bekaca masa ni. Huawwww… Cepat la, aku nak balik. Tak tahan dah
bila kena tegur macam ni. Aku Cuma tunggu ja tepi dia macam orang yang tak
bersalah. Tengok ja si ‘senior’
jejaka idaman tu buat kerja. Tau la dah cekap pun, tak payah la nak marah-marah
orang. Tambah-tambah lagi orang tu aku, ingat aku takda perasaan sangat ke. Dah
la aku ni jenis cepat terasa.
‘’Tak pe r, hang g balik. Aku settle!’’ Aku rasa macam nak nangis
kat situ jugak bila dengar Shah cakap macam tu.’Huh! tau la budak lama pun,
tapi ta payah la nak marah-marah’ ngomel aku dalam hati. Rasa tak puas hati
gila dengan si jejaka idaman ni. Sebelum balik aku check jadual untuk esok, aku kena masuk shift bila.
25 Disember 2012
Pagi-Shikin
Petang-
Fatin/Aisyah
Malam-
Shah/Najwa
Gulp! Terasa kelat air liur aku
apabila aku ditugaskan bersama si jejaka idaman yang menjengkelkan! ‘Huh! Nak
tukar shift boleh tak esok? Anyone??’
gumam aku dalam hati. Nak complain
pun, dah aku budak baru. Nanti cakap aku ngada-ngada pulak kan. So, terpaksa
dehh. Tapi dalam hati rasa macam nak meloncat ja bila dapat keja dengan si
jejaka idaman walaupum menjengkilkan. ‘Yahoo! Bestnya’ bisik hatiku. Tanpa
sedar aku tersenyum sorang diri. Nasib baik takda orang Nampak. Tidak, free-free ja kena cop gila. ‘Hahahaha,
gila pun gila lah, janji bahagia. Sapa lah tak bahagia bila kerja berdua-duaan
dngan jejaka idaman. Lewat malam pulak tu.

Just a nonsense story!
ReplyDeleteNice :D
ReplyDelete